Friday, April 01, 2005

KETIAK LELAKI

got this from my fren..

Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala
tekanan yang dialami oleh wanita? Kenyataan ini dikeluarkan oleh
Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun
lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki
membantu kaum wanita menurunkan tekanan, memberikan ketenangan dan
melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America sebelum ini,
bau ketiak lelaki yang sengaja " diproses" daripada lelaki yang tidak
memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti
bahawa hidung wanita boleh "digoda" dengan bau lawan sejenisnya.

Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu kemudian di
sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa
memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa
mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian
yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur.
Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki
ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang.... di petik
dari majalah PA&MA...Feb 2004...kalau tak caya...So kalau isteri dok
tention tu...lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak anda.. yang
masam tu insyaallah mood dia ok.......ha..ha...ha.... selamat
mencuba... so para isteri jangan dok tension sangat
nanti kena cium bau ketiak suami........

No comments: